Tuesday, February 16, 2010

Cara-cara untuk menyimpan air kacang soya lebih lama dan mengenalpasti air kacang soya yang rosak.

Air kacang soya keluaran Nasir Soya Bean Trading mampu bertahan selama 3 hari maksimum. Pada hari pertama penghantaran kami, air kacang soya kami hanya mampu untuk bertahan sehingga pukul 12 tengah hari tanpa dicampur dengan ketul ais. Cara-cara untuk menyimpan air kacang soya dengan lebih lama ialah:-

1. Anda harus campurkan ketul ais ke dalam bungkusan tersebut.
*10kg air kacang soya memerlukan 1 jug ketul ais untuk dicampur di dalamnya.
*20kg air kacang soya memerlukan 2 jug ketul ais untuk dicampur di dalamnya.

2. Kemudian pastikan anda mengikat bungkusan tersebut dengan baik supaya tiada udara di dalamnya.

3. Akhir sekali, letakkan bungkusan tersebut ke dalam tong ais yang mengandungi ketul ais ataupun masukkannya ke dalam peti ais ( jangan masukkan ke tempat beku)

Jika anda mengikut langkah-langkah diatas, air kacang soya kami dapat bertahan lebih lama, masih berkualiti dan sedap diminum.

Cara-cara untuk mengetahui bahawa air kacang soya kami telah rosak atau basi ialah:-

1. Diatas permukaan air akan timbul biji-biji.

2. Buih-buih pelik akan dapat dilihat.

3. Bau yang pelik.

1 comment: