Wednesday, February 17, 2010

Kebaikan Air Kacang Soya

Berdasarkan buku bertajuk ‘ A KEATS GOOD HEALTH GUIDE-MEDICINE FOR THE 21ST CENTURY fungi khasiat di dalam soya adalah berikut:

a) ISOFLAVONES - Kajian menunjukkan kandungan

menunjukkan risiko dari menghadapi

penyakit kanser,jantung dan lain-lain

b) SAPONINS - Phytonutrient’s dari soya berperanan

menghalang dan melawan kanser.

c) PROTEASE INHIBITORS - Kandungan ini mengurangkan akan

bahaya kanser secara menghalang

aktiviti enzim penyebab kanser.

d) PHYTIC ACID - Antioksidan soya ini berkaitan

dengan penghalang kanser.

e) PHYTOSTEROIS - Kompenen seiras kalestrol ini

merupakan kompenen yang tidak

hadam dan boleh bertindak

mencegah kolon kanser.

f) PROTEIN - Sebagai sumber protein , soya meng-

hasilkan asid amino yang mencukupi

dengan kelebihan bebas dari

kolestrol dan lemak yang rendah

g)MINYAK - Minyak kacang soya bebas dari

kolestrol atau lemak berlebihan tetapi

mengandungi asid lemak omega-3

yang sihat.


Perbandingan kandungan khasiat air kacang soya dengan susu lembu.

*AIR

SOYA-87.9% , SUSU LEMBU-88.4%

*PROTEIN

SOYA-3.4 % , SUSU LEMBU-3.0%

*LEMAK

SOYA-3.0 %, SUSU LEMBU- 3.3%

*KARBOHIDRAT

SOYA-5 % , SUSU LEMBU-4.5%

*FIBER

SOYA-0.1 %, SUSU LEMBU - 0%

*ASH

SOYA-0.6 %, SUSU LEMBU-0.8%

*KALSIUM

SOYA-40 mg, SUSU LEMBU-100 mg

*ZAT BESI

SOYA-1.5 mg, SUSU LEMBU- 0.05mg

*KALORI/100g

SOYA-40 kal, SUSU LEMBU- 65 kal





Tuesday, February 16, 2010

Cara-cara untuk menyimpan air kacang soya lebih lama dan mengenalpasti air kacang soya yang rosak.

Air kacang soya keluaran Nasir Soya Bean Trading mampu bertahan selama 3 hari maksimum. Pada hari pertama penghantaran kami, air kacang soya kami hanya mampu untuk bertahan sehingga pukul 12 tengah hari tanpa dicampur dengan ketul ais. Cara-cara untuk menyimpan air kacang soya dengan lebih lama ialah:-

1. Anda harus campurkan ketul ais ke dalam bungkusan tersebut.
*10kg air kacang soya memerlukan 1 jug ketul ais untuk dicampur di dalamnya.
*20kg air kacang soya memerlukan 2 jug ketul ais untuk dicampur di dalamnya.

2. Kemudian pastikan anda mengikat bungkusan tersebut dengan baik supaya tiada udara di dalamnya.

3. Akhir sekali, letakkan bungkusan tersebut ke dalam tong ais yang mengandungi ketul ais ataupun masukkannya ke dalam peti ais ( jangan masukkan ke tempat beku)

Jika anda mengikut langkah-langkah diatas, air kacang soya kami dapat bertahan lebih lama, masih berkualiti dan sedap diminum.

Cara-cara untuk mengetahui bahawa air kacang soya kami telah rosak atau basi ialah:-

1. Diatas permukaan air akan timbul biji-biji.

2. Buih-buih pelik akan dapat dilihat.

3. Bau yang pelik.

Thursday, February 11, 2010

Harga Air Kacang Soya Dan Tau Fu Fah

Air Kacang Soya(dalam Pulau Pinang)
*10 KG = RM 14.00 (tanpa gula), RM 16.00 (bergula)
*15 KG = RM 21.00 (tanpa gula), RM 24.00 (bergula)
*20 KG = RM 28.00 (tanpa gula), RM 32.00 (bergula)

Air Kacang soya(kawasan luar pulau)
*10 KG = RM 16.00 (tanpa gula), RM 18.00 (bergula)
*15 KG = RM 24.00 (tanpa gula), RM 27.00 (bergula)
*20 KG = RM 32.00 (tanpa gula), RM 36.00 (bergula)

Tau Fu Fah (dalam Pulau Pinang)
*10 KG = RM 16.00

Tau Fu Fah (kawasan luar pulau)
*10 KG = RM 17.00

Tempahan boleh dibuat secara online menenerusi e-mail syarikat,
nasirsbt@streamyx.com atau pihak pelanggan boleh menghubungi nombor
04-6466121 untuk membuat tempahan.

* Penghantaran ke lokasi adalah percuma.

Alamat syarikat: 3, Lintang Bayan Lepas 6, Taman Perindustrian Bayan Lepas, 11900 Fasa 4, Bayan Lepas,Pulau Pinang.
Fax : 04-642 1924

Monday, February 8, 2010

Sejarah kilang Nasir Soya

Sebelum memulakan perniagaan 14 tahun lalu, seorang jurutera elektrik,Mohd. Nasir bin Mohd. Kassim mempunyai idea yang dianggapnya menarik iaitu mencuba perniagaan minuman air kacang soya secara komersial dan mempelopori pasaran baru dengan ideanya.
Bagi beliau, langkah itu akan membuka ruang perniagaan produktif kerana soal persaingan serta halangan tertentu dapat diminimumkan.
Namun percaturan yang dibuat Encik Nasir dengan menggadaikan jawatannya sebagai jurutera kurang menjadi, sehingga beliau terpaksa merombak dan menyusun semula strategi dan tumpuan pasaran.
Jangkaan beliau untuk meraih jumlah hasil jualan yang tinggi di kawasan Alor Setar sebagai syarikat bumiputera tunggal dalam bidang perniagaan tersebut tidak mencapai sasaran.
Usaha beliau memperkenalkan minuman air kacang soya yang berkhasiat dan berkualiti melalui resipi istimewanya gagal meraih permintaan yang disasarkan sebelumnya.
“Majoriti masyarakat di Negara ini kecuali orang Cina tidak begitu biasa dengan minuman air kacang soya, jadi dengan pasaran yag bertumpu di sekolah,kilang dan peniaga kecil-kecilan,saya rasakan produk berprotein tinggi ini sesuai dipasarkan di mana-mana sahaja” kata Encik Nasir ketika menyorot kembali sejarah perniagaannya.
Kegagalan beliau untuk melariskan penjualan menyebabkan beliau bertukar tempat operasinya daripada Alor Setar ke Pulau Pinang.
Encik Nasir telah mengikat tekad, dengan menggadai status jurutera syarikat semikonduktor, untuk melibatkan dirinya secara sepenuhnya di dalam perniagaan beliau pada tahun 1996.
“Tempoh 1997 hingga 1998 memang diketahui sebagai masa yang amat mencabar bagi peniaga, saya yang baru mula belajar berniaga juga tidak terkecuali.
“Dengan tekad untuk memajukan perniagaan,saya mengambil keputusan kembali ke Pulau Pinang dan menerima hakikat bahawa saya kena bersaing dan memasuki pasaran yang telah tersedia iaitu pasaran di kalangan orang Cina,” tambah beliau.
Dengan menyewa sebuah premis di kawasan perindustrian ringan tidak jauh dari kilang semikonduktor tempat beliau pernah bekerja,Encik Nasir mendalami bidang pembuatan dan pengedaran soya dan menjadikan kawasan sekitar Pulau Pinang sebagai pasarannya.
Berbeza dengan apa yang dialami di Alor Setar, di pulau mutiara ini, beliau tidak mempunyai masalah pasaran tetapi lebih kepada kerenah pelanggan yang menetapkan pelbagai syarat dan prosedur dalam jual beli.
Keadaan ini berlaku kerana beliau memilih untuk tidak menjual soya yang diprosesnya dalam paket seperti jenama terkenal, tetapi memasuki pasaran berkuantiti besar.
Encik Nasir berpendapat beliau lebih yakin menjualnya kepada restoran, peniaga gerai, kantin sekolah, kilang dan sebagainya.
“proses pengeluaran bermula pukul 12 malam dan proses penghantaran bermula pukul 4 pagi dan selesai pukul 9.30 pagi, semuanya dilakukan dengan menitikberatkan rasa, kualiti, kepuasan pelanggan dan khasiat,” kata beliau.
Syarikat milik Mohd. Nasir yang mempunyai 25 pekerja, kini mengeluarkan kira-kira 1.5 tan produk soya segar setiap hari.
Operasinya bukan hanya terhad di Pulau Pinang tetapi juga diperluaskan dari tempat operasi asalnya di Alor Setar ke Perlis, sebahagian Kedah termasuk Changloon dan Sungai Petani serta utara Perak.
“Kita akan bergerak lebih jauh lagi,” kata Encik Nasir.
“Kami akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) serta Sirim Bhd. Saya akan meningkatkan kaedah pembungkusan produk itu,” kata beliau yang akan menubuhkan sebuah syarikat baru Nasir Soya Bean Sdn. Bhd. sebagai persediaan mengembangkan perniagaan dalam menghadapi cabaran masa depan terutamanya dengan mendapatkan pengiktirafan daripada pihak berkuasa kerajaan.